Thursday, September 15, 2011

Wahai student2 ku yg dikasihi...

Aslmualaikum kpd pembaca setia blog ini...
Entri ini di tujukan khas buat pelajar2 ku yg d kasihi...

Saya berharap anda smua meletakkan usaha yg sebanyak2 nya utk peperiksaan kerana ini akan menentukan masa hadapan kamu. saya meminta maaf banyak2 jika ada kelas yg slalu saya marah2, atau emosi. ini utk kebaikan kamu jua. walaupun saya ini tidak lah sebaik2 pensyarah yg lain, sekurang2nya saya mau kamu tau, saya sgt risaukan anda smua bila tiba musim exam. Bila marking paper, saya teringat family2, ibubapa anda yg penuh berharap akan kejayaan anda smua. Mereka dgn bangga akan bercerita pada org lain ttg anda smua. Tidakkah anda berasa bersalah jika anda tidak dpt memberikan kejayaan yg mereka inginkan? Tidakkah anda rasa bersalah, mereka telah menghabiskan bnyk wang hanya utk anda dpt melanjutkan pengajian? Tidakkah anda menghargai jerih payah mereka membesar kan anda smua? Jd pls la...tlglah berusaha. bkn utk saya,bkn kerana saya, tp utk keluarga dan masyarakat.malah menuntut ilmu kerana ALLAH itu wajib. Ilmu saja yg akan kekal jika anda kehilangan segala2nya. Ilmu saja yg akan dpt membantu anda utk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Terus terang, sewaktu saya belajar dulu, saya juga seperti anda, bnyk masalah.bezanya, saya belajar tanpa kasih syg dan tanpa sokongan seorg ayah. saya tidak pernah bertemu dgn ayah saya, malah saya tidak tau d mana keluarga sebelah ayah saya berada. saya d pelihara oleh arwah nenek dan datuk, makcik saya di kampung. saya juga berasal dr kampung spt anda. saya meredah hujan ribut utk ke sekolah, dgn kasut yg kotor, utk menimba ilmu. setiap hari arwah datuk saya akan menghantar saya dan mengambil saya. hanya dgn menaiki van tambang. keadaan keluarga saya agak serba kekurangan.saya tidak pernah merasa ke sekolah dgn menaiki kereta setiap hari. saya cemburu dgn rakan2 lain yg mencium tgn ibu dan ayah setiap kali di hantar. saya cemburu bila mereka dpt membeli apa saja yg mereka suka, buku2 tambahan utk mereka belajar. Namun saya tetap bersabar kerana percaya suatu hari nnt, saya akan berjaya juga. Saya hidup menumpang, Ibu d tempat lain bersama keluarga yg lain, Ayah pula entah ke mana.hanya pada 2 tahun lepas saya dpt menjejaki dia. itupun kerana hasil usaha saya mencari di dunia maya. Waktu sekolah menengah pula saya naik bas setiap hari pergi ke sekolah dan bas hanya berhenti di pekan,jd saya kena jln kaki utk sampai ke sekolah.setiap hari. sehinggalah saya akhirnya mendpt keputusan yg cemerlang dlm PMR dan pindah ke sekolah agama. waktu di Tgktn 4 dan 5 saya lalai sedikit dan mendpt keputusan yg kurg memberangsangkan dlm SPM walaupun smuanya lulus. saya menanam tekad tidak akan mengulangi kesilapan lalu lg.
Akhirnya saya di terima masuk ke UiTM KK, tmpt saya berkhidmat skrg ini. hidup agak sukar, dan keluarga pula jrg sgt dtg melawat.saya jrg pulang kerana tidak ada tambang utk naik bas sebanyak 2x setiap kali mo pulang. setiap hari tggu bas uitm utk pergi kuliah d fasa 3.kalau tiada bas, jln kaki dgn menaiki tangga besar yg sebanyak 72 anak tangga itu. bgtulah kehidupan saya selama 3 tahun diploma. waktu part06, saya NR dan hanya masuk hostel d hujung semester. saya setiap hari slps subuh bangun dan bersiap2 utk naik bas ke KK. dan mencari bas UiTM. setiap hari.dan Alhamdulillaah saya TIDAK PERNAH LAMBAT utk dtg ke kuliah.malah saya sentiasa ingin menjadi org yg terawal. Tabiat ini berlanjutan sehingga saya melanjutkan pengajian ke shah alam. di sana masa waktu pagi agak berbeza kerana jam7 masih lg gelap. Namun saya gagahi jua utk naik bas awal pagi bg mengelakkan lewat ke kuliah dan kesesakan lalu lintas. saya naik bas ke Seksyen 2, dan naik bas sekali lg ke UiTM. SETIAP HARI. 4x naik bas setiap hari. sehinggalah saya menamatkan pengajian. saya tidak pernah mengeluh kerana saya tau segalanya pasti ada ganjarannya. saya tidak pernah terasa bila kwn2 mentertawakan saya naik bas awal pg kerana mereka di sana kebanyakan mempunyai kenderaan sendiri. saya tidak kisah kerana masa saya utk senang belum tiba. saya ikat perut bila belanja tidak di kirimkan.malah saya sungguh beruntung kerana sahabat2 lain memahami dan selalu membantu. saya pernah ada belanja sebanyak RM10 saja dlm tgn utk belanja sebulan. walau ada insan yg membantu tp hidup di sana agak sukar.kos sara hidup yg tinggi menyebabkan saya tidak dpt terus menyambung pengajian kerana kekangan kewangan.
Wahai para pelajar ku yg di sayangi, ingatlah keluarga anda di rumah yg berharap kepada anda. Jgn sia2 kan harapan mereka. Mereka bukan inginkan wang anda, tp kejayaan anda adalah suatu hadiah yg tidak ternilai buat mereka. Bersyukur lah dgn apa yg anda ada. Saya tidak mempunyai keluarga yg lengkap dgn ibubapa seperti anda, tp saya masih boleh berjaya. Mengapa anda tidak?
Sekian Terima Kasih.peace. jgn emosi2 yah.
Good Luck to all of u... I'll always pray for ur success....
Wslmualaikum.

7 comments:

Anonymous said...

I never knew your life was this difficult..be strong..May Allah guide you for a better living..

Annurkasih said...

Tq...:))

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Annurkasih said...

I know what r u tryin to say.but this story adalah before segalanya berlaku. Crita ini bkn selepas cerita yg anda dgr itu.ini crita dulu. Well u can email about what u know.saya tau ada yg tidak tau ujung pangkal cerita...crita ini yg saya crita d sini bertahun lama suda.

sititie50@yahoo.com said...

askum annur kasih..blog u amat mberi impak kpd seua yg mbaca..trutama skali student..em apa cerita yg sbenarnya..

Annurkasih said...

apa cerita sebenarnya?aik?panjang2 saya taip sini bukan cerita ka?