Sunday, March 22, 2009

hallluuu...:-)

Salam...
aku tgh gamble ni sm ada dpt post entry ni atau tidak.haha..kesian kan...

Harap2 la dpt ek...

aku xtau mau post apa ni..td cik rerama pun ckp xtau mau post apa..maybe hr ni hari yg boring kali.haha...

nnt la bile dah ok aku crita pnjg2 k.post yg bgmbr lg.heheh...

daaa...c u all soon...

salam...

Saturday, March 21, 2009

Broadband, broadband, broadband....

Aslmualaikum smua... dah berapa hari aku xdpt update blog aku ni d sbb kan kebengongan broadband aku.haha...

Harap2 kali ni aku dpt mempublishkan entry ini dgn jayanya..muahaha

aktiviti aku as usual la...lepas subuh aku xtido, kemas rumah, ngadap internet, mkn n tido.hehe

dah aku katakan sblm ni, rutin hidup seorg penganggur mcm ni la.ngehngehngeh....

apa pun...ni ja la dulu yg dpt aku update.takot broadband ni buat hal ni.huhu

Salam...

Tuesday, March 17, 2009

A story of my life

Aslmualaikum and hello smua...

Rutin hidup seorg penganggur ni amat la membosankan..biar la org ckp kerja pun susah, nda dpt cuti or whatever.tp tu la...at least neuron2 otak tu bekerja jgk ckit.ni aku rasa ada neuron2 otak aku yg suda 'mati' sbb tak dpt d utilize kan.hehe...ya la, cmna mau jd kritis n kreatif kalau asyik duk rumah ja? ke sana ke mari perlu' minta permit dr imigresen.' Itu yg buat aku tersgt la bosan dgn kehidupan aku skrg ini.

Lain la kalau aku org yg berada, boleh la aku pi vacation ka, apa ka.heheh..ini nda, asyik tgk org berjalan ke sana ke mari ja tnpa d pelawa.haha..kesian kan...susah jgk tggl dgn saudara ni walaupun sepupu sekali sendiri...

Well, back to the story..hehe...everyday, keja aku, solat, kemas rumah, masak, cuci kain, internet.haha...btul2 mcm org yg xda matlamat... well, apa pun, aku punya 1st move mau dpt keja ja dulu.tp tu la..susah nya cari keja.wawawa....

Emm...smlm tbaca entri c rama2, tringat pulak pasal issue besfren ni.aku sbnrnya fobia dgn isu besfren ni.ngehehehe..bukan senang mau cari besfren yg btul2 besfren. kdg2 depan kita bukan main baik, susah senang pun dia ada sebenarnya. tp d blakang kita, bukan main mulut dia ckp2 pasal keburukan kita...aduh...kita mati2 sembunyi pasal keburukan dia, tp dia mati2 cerita sm org lain pasal kita.aduih...nasib la aku ni pemaaf.hahaha...(ye ke?)... kdg2 yg kita anggap besfren, tp rupanya ada niat lain.dengki la pulak.huhu..mau kata aku byk kelebihan, xda apa pun.besa2 ja mcm org lain.tp ntah la hati org kan, kita nda tau...hehe... Apapun...aku masi mencari lg kwn sejati@bestfriend la...hopefully aku akan jumpa la kan...(Plz pray for me.haha)

Well...setakat ni ja la utk hr ni....i am so boring today.haha..boring saja c annurkasih ni.heheh...

Take care guys..jumpa lg next entry.:-)

Wslmualaikum...





Sunday, March 15, 2009

Latest Favret Songz...

Aslmualaikum smua...oleh krana aku kebuntuan utk menaip entri, aku cuma taip lirik lagu Jay Jay terbaru ja.hehe...best..dgrla d Hot.fm... aku dah download mp3 dia, tp sound kurg bagus la..anyone sepa yg ada lagu ni, please gv me the link k or send to my emel.just alert me in the chatbox...okeh...Enjoy the lyric...=)


Jay Jay - Permaisuriku

Tika renungi malamku
bersama tirai perindu
potret permaisuriku

lenamu didakapanku
inginku belai rambutmu
saat malam malammu
walau kembara ku meredah alam maya
kan ku pertahan garis cinta kita

(chorus)
ohku hancur dikala tak bersama
kau yang ku cinta
impi rinduku disaat mesra
oh kasih

oh terbina rona kota bahgia
permata dijiwa

oh kernamu lautan duri ku tempuh
demi sucinya cintamu
tak ku hiraukan waktu
ampunkan kesalahanku
ku pinjam raut wajahmu
hanya kau yang kurindu

(chorus)

Saturday, March 14, 2009

Award from Misz Ungu Violet

aSlmUalaikum to all... especially to misz UNGU VIOLET @ Mar...First, i would like to Thank u for the lovely award:-)... okeh, here is the award:


The rules (from misz ungu violet);

(1) Pastikan award ini di tampal di kawasan rumah anda.. Tak kira, kanan atau kiri, atas mahupun bawah.. Janji lekat di dinding yer!!

(2) Berikan 5 sebab musabab mengapa, kenapa, limaza, why.. anda memilih blog ini sebagai blog ikutan anda.. Lebih kurang, apa yang membuatkan anda jatuh hati pada blog ini... cheewah.. Pastikan 5 tau!! Di larang sama sekali kurang, lebih takper..

(3) Please let me know when you've done it!!

1- Erk..yg pertama tu, camne nak tunjuk kan mar?hehe...

2-sbb memilih blog ini: i) blog ini sgt comel:-)

ii) pemilik blogger ini kreatif:-)

iii) byk kisah menarik d luar negara:-)

iv) bloggernya peramah:-)

v) Lagu nya best:-)

3-i will let u know.please check ur chatbox okey...:-p

aGain, thanx for the lovely award:-).keep in touch ye...

salam....




Thursday, March 12, 2009

Hello...i'm back...:-)

Aslmualaikum...
mcm lama pulak xupdate blog ni kan..(Cheh...padahal baru brapa hari.haha)..tlgla...bagus kalau ramai yg baca.trip2 famous.muahahaha...

Okey la...actually...xda apa yg mau d critakan d cni..i mean xda apa yg menarik la...juz to update my activities selama aku xupdate blog ni.heheh...on the 9th March 2009, Maulidur Rasul...kami sekeluarga pergi ke kampung..melawat2 tanah pakcik aku yg nak d usahakan la..(sebenarnya aku malas nak ambik tau.heheh..)..
Whatever la kan...nasib baik mcik aku paksa aku ikut hr tu, kalau nda, kirim salam la aku mau ikut.muahahaha... at least pandai jgk aku berlakon ba depan dorg.hahaha...yg bestnya,mandi laut d Pantai Sabandar..siap amik video plak tu.. aku sebenarnya xda bwk salinan pakaian, tp aku ni xboleh nmpk laut, mesti mau mandi.akhirnya, aku mandi jgk.hahaha...ala, bukannya sexy pun.pakai tudung jgk aku mandi.muahahaha...gmbr masih kat tempat kazen aku so xdpt la aku uploadkan d cni.heheh...

Then keesokan harinya, aku dah janji ngan my mum nak pg shopping..yeah...ni yg aku suka ni.biarpun duit tak seberapa, aku tetap jgk nak shopping.muahahaha...ni blum lg time aku dpt keja nnt, hujung mggu mesti shopping.hahaha... tp, yg bestnya aku dpt release tension la dgn shopping.ye la, drpd terperuk d rumah, fikir bukan2,baik aku keluar ke bandaraya KK yg indah itu..haha...

To cik rerama, kalau free tu,boleh la kita shopping sama2 kan?heheh...juz sms me la if u free.mau pi beach Tg.Aru lg tu.wah, bestnya..boleh bgmbr2 lg.hahaha...angan2...

ok la..setakat ni saja yg aku dpt update utk hr ni...nnt kalau rajin, aku update lg...hr ni mau pi KK lg.heheh

Take care ya...
Wslm...

Saturday, March 7, 2009

Tutuplah aurat dengan sempurna (Sumber:http://at-tibyan.blogspot.com)

Kesalahan-kesalahan Menutup Aurat


SOALAN : MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat?


JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian. Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33) Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8) Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuan nya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua.. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini. Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.