Friday, February 20, 2009

Tag cik butterfly.

salam..hai..sorry yn...lmbt buat assignment yg yn bg tu.hahaha..teda mud ba brapa hari ni..anyway, i try my best la ni.hahahaha

1st TAG:
ermmm..aku xtau mau buat apa ni.hentam saja la.hahahaha
1. sedIh - aku rasa sedih bila buat dosa kepada ALLAH...sdgkan dia amat menyayangi para hambaNYA..oh sungguh manusia d muka bumi ini tak sedar diri...aku sedih bila melihat perangai manusia d akhir zaman ini...

2. GumBira - aku gembira bila dapat capai apa yg aku mau...dpt keja yg bagus, dpt tlg keluarga n dpt kawen dgn org yg d cintai....heheh

3. MaraH - marah?adedeh...aku ni xpandai mau marah2 lawan2 cakap...yg aku tau, bila aku start marah, mata aku mula lah mengalirkan air mata...(haihh..ppuan..haha)

4. SayanG- sayang...hmm...aku syg smua yg sudi sygkan aku.nda syg, nda pa la.haha

5.beNci- Benci....i hate the heartbreaker!!!

6.percaya- i believe in ALLAH...

7. Cinta- Cinta kpd ALLAH cinta yg hakiki...

okeh..dah siap 1st tag...

2nd TAG
Rules:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.

ermm..ni yg aku lemah ni.aku ni, dahla xfotogenik..suruh letak gmbr lg.adududuh..haha..xpala..aku cari la dlm folder..gmbr ke6...
n gmbr ke6 aku adalah...

ngeheheheh..cmna la gmbr ni pulak yg tkluar...hahahahhaa
okeh...description: gmbr ni aku ambik sendiri tym raya ketiga 2008(thn lepas daa)..
time ni mau jalan2 pi kampung...heheh..comel x? tu la..sepa suruh yn, suru her letak gmbr, kan dah ada yg jeles.muahahhaha..ok la..stop prasan ye cik annurkasih, anda tidak termasuk dlm list comel.hahaha..yala, sbb aku tmasuk dlm list cantik.hahhhaha.adoi..cukupla, cukupla..buat malu ja...

kalau pasal nak tag2 ni, aku lemah la, sbb kwn2 aku xramai.hahaha..xpa, aku list down ja sepa yg bertuah tu...

1...conny...

2...inur...

3...hafeez...

4...dila...

5...nadiah...

6...macT...

oklah..assignment dah siap....

salam...sekian.hahaha

Monday, February 16, 2009

Munajat Cinta

hello kwn2...pernah lagu ni?best tau.hehe...ni lirik dia...

Lirik Lagu DEWA ( Dhani ) - Munajat Cinta The Rock Feat Dhani

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

[Chorus]

[Interlude]

[Chorus] (x2)

Watch them here:
http://www.youtube.com/watch?v=ln-KOWgrGiI

Monday, February 9, 2009

Award from inur...


salam..inur..sory lmbt publish award ni.ahahha.slalu aku tlupa ba...
nnt la aku bg ko tag.ahahah.
aku xda idea mau jwb tag tu.nnt la.heheh.aku suka dgn award tu.cumil tau...

Sunday, February 8, 2009



glitter-graphics.com

ni keja aku sepanjang menganggur ni.hahah...dasat kan...anyway..cantik kan bedrum i?ahahha...day dreaming lg...huhu

Saturday, February 7, 2009

HIBURAN DALAM ISLAM

Berpada-pada dalam berhibur
MANUSIA secara fitrahnya gemar berhibur. Adakalanya manusia terhibur apabila mendengar muzik dan ada juga yang terhibur apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti deruan ombak, kicauan burung atau desiran angin.
Bagaimanapun, masih timbul perdebatan dalam masyarakat sama ada hiburan khususnya yang melibatkan muzik dibolehkan atau tidak dalam Islam.
Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, MOHD. ZAKKI JILAN menemu bual pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed bagi membincangkan isu ini.
MEGA: Apakah kaitan hiburan dengan manusia?
ZAHAZAN: Pada umumnya, manusia telah lama terlibat dengan hiburan. Dari segi antropologi dan sosiologi manusia, hiburan memang telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
Apabila kita fokuskan hiburan kepada muzik, memang menjadi fitrah manusia menyukainya. Orang Arab dahulu pun memang sudah menggunakan bunyi-bunyian seperti gendang untuk melambangkan sesuatu keadaan. Kalau semasa perang ia akan diketuk kuat. Dalam majlis perkahwinan pula dihiasi dengan pukulan kompang dan tarian menggunakan gitar.
Pokoknya, semua ini digunakan untuk menenangkan fikiran.
Berdasarkan sirah, Rasulullah pernah bersabda: Wahai Bilal, tenangkan kami. (Riwayat Bukhari)
Sebabnya, Saidina Bilal adalah seorang muazin yang terkemuka pada ketika itu. Jadi, melalui laungan azannya, Rasulullah dan para sahabat menjadi tenang.
Dalam satu kisah, Rasulullah dan Saidatina Aisyah sedang mendengar lagu daripada dua hamba perempuan di Buath, kawasan peranginan di Madinah. Tiba-tiba Saidina Abu Bakar datang dan berkata, apa ini syaitan dalam rumah Rasulullah. Kemudian Nabi bersabda, biarkan mereka Abu Bakar. (Riwayat Bukhari)
Cuma dalam kisah ini, Rasulullah tidak memandang ke arah hamba tersebut.
Bagaimanapun ada pendapat mengatakan muzik itu haram. Benarkah?
ZAHAZAN: Memang ada ulama yang berpendapat sedemikian. Ini antara lain hasil tafsiran mereka tentang ayat Allah iaitu lahwun sebagai mana yang terdapat dalam surah Luqman.
Firman Allah, Dan di antara manusia (ada) orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan…(Luqman: 6)
Sebanyak 24 daripada 26 ulama termasuk Imam Syaukani, Imam As-Sayuti dan Imam at-Tabari berpendapat lahwun itu adalah lagu-lagu atau muzik dan perkara yang berkaitan dengannya.
Walhal terdapat satu perkataan lagi iaitu laghwun yang ditafsirkan sebagai benda yang melalaikan dan sia-sia.
Dalam perkara ini, Imam At-Tabari merumuskan terdapat 11 dalil yang menjelaskan muzik dan hiburan yang tidak dibenarkan dalam Islam.
Jadi, salahlah kita berhibur terutama dengan menggunakan alat muzik?
ZAHAZAN: Islam adalah agama yang relevan sepanjang zaman. Jadi ia meliputi semua bab termasuklah berhibur.
Ulama besar yang juga penulis kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam al-Ghazali yang membuat kajian di hampir semua tempat yang didiami oleh orang Islam memberikan pandangan yang berbeza dalam soal ini.
Menurut beliau, muzik itu sebenarnya ialah bunyi-bunyi yang dikumpulkan hasil dipetik, diketuk atau desiran angin. Ia hanyalah bunyi-bunyian alam yang membawa ketenangan kepada pendengarnya.
Seorang lagi ulama abad ke-21 iaitu Prof. Dr. Yusuf Qaradawi dalam bukunya Halal dan Haram turut membincangkan soal hiburan ini.
Beliau membuktikan bahawa kesemua 11 dalil yang mengharamkan muzik itu boleh ditepis. Sebabnya, kebanyakan keputusan itu dibuat oleh penilai-penilai hadis bukannya kata putus Rasulullah s.a.w.
Dalam satu peristiwa, selepas selesai majlis akad perkahwinan Nabi, tiba-tiba ada beberapa anak gadis (hamba) yang menyanyi, menari dan mengetuk-ngetuk gendang. Antara liriknya ialah, “Berasa kesal dengan kematian saudara Muslim pada perang Badar tetapi gembira kerana Nabi mengetahui apa yang akan berlaku esok”.
Rasulullah kemudiannya menegur kesalahan ayat yang baginda mengetahui tentang yang akan berlaku esok tetapi baginda tidak menegur lirik yang satu lagi. Pada majlis itu, ia turut dihadiri oleh sahabat-sahabat baginda.
Dalam hadis yang lain, Rasullullah bersabda: “Hebahkanlah nikah dan pukullah rebana untuk tujuan itu. Mudah-mudahan orang mendoakan perkahwinan tersebut”. (riwayat Tirmidzi)
Ini adalah antara hujah bahawa Islam itu membenar atau mengharuskan hiburan. Dalam hadis pertama tadi, jika hiburan haram, sudah tentu Rasulullah akan melarang anak-anak gadis tersebut daripada menyanyi dan menari.
Jadi, apakah intipati rumusan oleh Imam al-Ghazali dalam bab ini?
ZAHAZAN: Imam al-Ghazali yang mengkaji dengan akal membuat beberapa kesimpulan tentang hiburan.
Disebabkan hiburan adalah fitrah manusia dan bunyi muzik adalah himpunan suara makhluk yang Allah jadikan, beliau berpendapat tidak boleh mengharamkan muzik secara mutlak.
Dalam pada itu, tidak ada juga dalil yang menggalak atau amat menyuruh kita mendengar hiburan. Sebaik-baiknya berhibur itu sederhana atau pertengahan sahaja, setakat untuk menghilangkan kebosanan.
Larangan Rasulullah untuk berhibur pada zaman awal kedatangan Islam adalah untuk mengelak menularkan budaya orang Arab kuno. Mereka ini lazimnya apabila berhibur akan disertai oleh tarian gelek dan juga arak.
Baginda tidak mahu dalam tempoh awal kedatangan Islam dijejaskan oleh tabiat buruk masyarakat jahiliah atau umat Islam ketika itu teringat semula zaman tersebut.
Sebab itu, pengharaman muzik boleh dikatakan kerana persekitaran bukan kerana zatnya. Gitar itu tidak haram tetapi bila dimainkan dalam majlis yang bercampur aduk dengan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram, ia menjadi haram.
Bagaimana hendak mentakrifkan kedudukan pertengahan dalam berhibur ini sebab apabila mendengar muzik selalunya kita leka?
ZAHAZAN: Bagi golongan anak- anak dan remaja, hiburan adalah perlu. Kita tidak boleh terus menghalang mereka. Ingatlah pesan Saidina Ali, “bila dipaksa membuat benda yang tidak disukai, hati itu akan mati.”
Bagi golongan ini, secara psikologinya memang mereka perlu berhibur tetapi tetap ada batasnya.
Bagi penganjur pula, hendaklah menyediakan kemudahan tempat solat, memaklumkan kepada penonton waktu solat telah masuk dan majlis dihentikan seketika untuk solat.
Bagaimanapun, bagi golongan yang peringkat umurnya sudah matang, tidak payah lagi banyak berhibur. Sebabnya, terlalu banyak berhibur ini akan menyebabkan hati menjadi keras atau dalam istilah sufinya mati.
Ada yang berpendapat muzik yang dibenarkan oleh Islam itu hanyalah nasyid, benarkah pendangan begini?
ZAHAZAN: Dr. Yusuf Qaradawi dan juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa semua lagu itu sifat asalnya harus didengar.
Malah Dr. Yusuf Qaradawi turut menggariskan empat sebab lagu itu menjadi haram.
Pertama, melanggar tatasusila Islam,
kedua (menyanyi atau menyampaikannya dalam bentuk syahwat dan berlenggang lenggok),
ketiga (jangan nyanyian atau hiburan itu meninggalkan tanggungjawab utama seperti solat) dan
keempat (jangan disertai oleh benda haram seperti minum arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
Lagu yang diharuskan tidak semestinya nasyid sahaja. Ada banyak lagu yang liriknya bagus seperti mengajak masyarakat cintakan negara, hormat pada ibu bapa dan lagu-lagu puisi untuk menyedarkan masyarakat. Semua ini boleh kita dengar. Cuma eloklah kita berpada-pada.

Tuesday, November 25, 2008

Dipetik dr an-nawawi.blogspot.com

Memilih Suami Yang Soleh

http://an-nawawi. blogspot. com

Melalui artikel yang lalu, saya ada membawakan berkenaan sekitar persoalan memilih isteri solehah di bawah tajuk “Memilih Calun Isteri Anjuran Raulullah s.a.w.”. Kali ini, insya-Allah saya akan cuba membawakan/membenta ngkan persoalan lelaki yang sewajarnya dipilih (atau yang menjadi keutamaan) menjadi suami.

Berdasarkan artikel yang lepas, ramai yang bertanya, masih wujudkah wanita seperti itu. Jawab saya melalui artikel ini, “Ya, masih wujud.” Kalau tidak wujud, anda sebagai wanita yang membacanya, perlulah berusaha mewujudkannya.

Dan andainya, dirasakan terlalu sukar untuk memenuhi kriteria yang saya cuba utarakan/sampaikan, tiada salahnya memilih yang terbaik di antara yang ada yang menghampiri kepada kriteria-kriteria yang dibawakan dalam artikel yang lalu. Secara kesimpulannya, dahulukanlah keutamaan agamanya dan yang mendekati ciri-ciri yang baik tersebut. – wallahu a’lam...

Untuk artikel kali ini, saya cuba membawakan beberapa ciri asas sahaja dan penjelasannya saya serahkan kepada anda untuk memikirkannya/ menimbangkannya. Dalam persoalan memilih atau mencarikan suami untuk seseorang wanita, wali atau ibu bapa memainkan peranan yang penting sekali dalam hal ini. Ini adalah kerana, mereka berperanan sebagai perantara kepada anak-anak perempuan mereka dalam kebanyakan urusan. Di samping mendidik, menjaga, memelihara, para wali/ibu bapa juga berperanan untuk menikahkan anak gadis mereka masing-masing. Untuk itu, adalah penting untuk kita mengetahui bagaimana ciri-ciri asas seorang lelaki yang wajar dinikahkan kepada anak gadisnya menurut sisi garisan/pandangan Islam.

Kriteria Umum Seorang Suami Pilihan

Kriteria yang pertama adalah keutamaan kepada yang baik agamanya. Ini diukur kepada akidahnya dan bagaimana dia beramal dengan Islam. Adakah ia menjaga solatnya, akhlaknya, dan seumpamanya. Ini adalah berdasarkan hadis ini:
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)

Kemudiannya, hendaklah lelaki itu yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi memimpin sebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)

Ini adalah bagi menjamin antaranya keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), dan pengurusan yang baik. Dalam persoalan lelaki sebagai pemimpin, lelaki dilebihkan dalam beberapa hal, antaranya adalah keupayaan fizikal yang melebihi wanita, dan kebolehan untuk bergerak dalam melaksanakan kerja/tugasan di luar.

Di samping itu, lelaki/suami juga perlulah berupaya mendidik keluarganya ke arah agama dan kehidupan yang baik. Ini adalah bagi menjamin kesejahteraan dalam berumahtangga, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.

Di dalam firman Allah s.w.t., maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

Di dalam ayat tersebut juga dinyatakan bahawa, suami atau seseorang individu itu bertanggungjawab untuk memastikan keluarga sentiasa dalam naungan agama yang sahih dan baik bagi menjamin keselamatan ahli keluarganya dari keburukan di akhirat.

Antara lain, para wali berperanan untuk memilihkan calon suami yang menepati kehendak anak perempuannya dan yang disukainya. Tidak begitu wajar, jika anak perempuan dipaksa untuk menikah dengan seorang lelaki yang tidak disuakainya. Dalam hal ini, para wali juga wajar mencarikan lelaki yang baik parasnya (yang disukai) di samping beberapa ciri yang sebelumnya. Dalam hal ini, Ibnul Jauzi berkata:

“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.” (Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)

Ibu bapa dan para wali juga perlulah memerhatikan dengan siapakah anaknya dinikahkan. Ini adalah bagi memastikan anak gadisnya bernikah dengan orang yang tepat dan baik serta memastikan kehidupan rumahtangga yang bahagia di masa hadapan.

Dalam satu riwayat, ketika Fatimah binti Qais r.ha. datang kepada Nabi s.a.w. bagi mengkhabarkan bahawa Abu Jahm dan Mu’awiyah bin Abi Sufyan datang meminangnya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Mu’awiyah adalah lelaki miskin tidak punyai harta, adapun Abu Jahm adalah lelaki yang suka memukul wanita, maka nikahlah dengan Usamah bin Zaid.” Fatimah mengisyaratkan dengan tangannya tanda menolak, yakni jangan Usamah, jangan Usamah!

Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:

“Mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah lebih baik bagimu.” Fatimah berkata: “Akupun menikah dengannya dan aku bahagia sekali.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan supaya lelaki yang dipilih itu mampu memenuhi keperluan nafkah keluarga dan janganlah dinikahkan anak (wanita) itu dengan seseorang lelaki yang tidak pasti sama ada dapat melayani/menjaga anak gadisnya dengan baik atau tidak.

Selain itu, menurut imam Nawawi rahimahullah di dalam Syarh Sahih Muslim, beliau menyatakan tentang hadis ini bahawa:

“Adapun anjuran Nabi s.a.w. agar menikahi Usamah adalah kerana beliau mengetahui kadar agamanya, keutamaannya, keelokan perangai dan kemuliaannya. Maka Nabi menganjurkan agar menikah dengannya. Namun Fatimah tidak menyukainya kerana Usamah bekas budak dan warna kulitnya hitam. Maka Nabi s.a.w. terus menerus menganjurkannya agar menikah dengan Usamah. Kerana Rasulullah s.a.w. mengetahui kemaslahatannya bagi Fatimah. Dan ini terbukti.”

Terdapat suatu hadis yang lain yang menyatakan, lelaki dianjurkan dari kalangan yang mampu memberi nafkah yang baik/mampu.

“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))

Dari ini juga membuktikan bahawa kesepadanan dan keselarasan dalam Islam adalah amat penting dan agama merupakan suatu asas yang paling utama mengatasi paras rupa dan kedudukan/harta.

Seterusnya, dianjurkan untuk seseorang wanita bernikah dengan lelaki yang sebaya usianya. Dan tidak digalakkan untuk seorang wanita menikah dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya atau berusia.

Diriwayatkan dari Buraidah bin al-Hushaib r.a. ia berkata: “Abu Bakar dan Umar r.a. datang meminang Fatimah r.ha..” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ia masih kecil.”

Lalu Ali r.a. datang meminang dan Rasulullah s.a.w. menikahkan Fatimah dengannya. (Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan sanad yang hasan)

Dan imam an-Nasa’i juga telah meletakkan suatu bab di dalam sebuah kitabnya (as-Sunan ash-Shugra) atas tajuk “Menikahkan Wanita dengan Lelaki yang Sebaya Usia Dengannya.”

Seterusnya, para wali berhak untuk menikahkan atau menawarkan anak gadis beliau kepada pemuda yang baik-baik. Ini dikira dari sudut agamanya (kesolehan).

Dalam Fathul Bari (9/83), al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

“Seseorang dibolehkan untuk menawarkan anak gadisnya atau wanita yang berada di bawah tanggungjawabnya kepada lelaki yang diyakini baik dan soleh. Kerana hal itu akan membawa manfaat kepada yang ditawarkan dan seseorang tidak perlu merasa malu untuk melakukan hal itu. Dan juga diperbolehkan ia menawarkannya kepada lelaki soleh walaupun ia sudah beristeri.”

Malah, wanita itu dibolehkan untuk menawarkan dirinya (untuk dinikahi) kepada lelaki yang diketahui kesolehannya.

Ini berdasarkan kepada suatu riwayat, dari anas bin Malik r.a. ia berkata: “Seorang wanita datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah engkau mempunyai keinginan untuk menikahiku?””

Puteri Anas berkata: “Betapa sedikit rasa malunya, alangkah buruk wanita ini, alangkah jelek wanita ini!”

Anas berkata: “Dia lebih baik daripada dirimu. Ia mencintai Rasulullah s.a.w. dan menawarkan dirinya kepada beliau.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3/246, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)

Dalam persoalan ini juga, imam Bukhari telah meletakkan satu bab bertajuk “Seorang Wanita Menawarkan Dirinya Kepada Lelaki Soleh”.

Akhir sekali, adalah dilarang wanita yang baik dan solehah, dinikahkan/bernikah dengan lelaki yang buruk atau seorang penzina.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. ini,

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik...” (an-Nuur 24: 3)

Secara keselurannya, sebagai kesimpulan, diajurkan para wali atau wanita untuk memilih calon suami yang baik agamanya (lelaki soleh) sebagai keutamaan, memiliki daya kepimpinan yang baik dalam persoalan kekeluargaan, memiliki kemampuan dari segi kewangan dan ilmu, dan memliki keterampilan/ personaliti yang disenangi oleh si wanita. Perlu ditekankan, bahawa dalam banyak riwayat, ditunjukkan bahawa pengaruh agama itu lebih diberi keutamaan berbanding ciri-ciri yang lainnya. Malah, di dalam beberapa hadis menunjukkan bahawa ada lelaki yang miskin namun baik agamanya, adalah diberi kepercayaan/ saranan oleh nabi s.a.w. sendiri.

Pilihlah yang baik agamanya sebagai priority...

“... jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.” (an-Nuur 24: 32)

Wallahu a’lam...

Bahaya Zina...important!!!

KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam agama Islam, bukan perbuatan zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang tindak- tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang disebut sebagai "budaya taqrabul-zina" . Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan" - (Sura al-Israk: 32). Takrif "zina" itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w memperincikannya sebagaimana dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: *"Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi", *"Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina kedua tangan itu menjabat, zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini, mengangan-angankann ya" - ( Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dikira perbuatan zina belaka. Apa lagi perhubungan fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan atau berhimpit-himpitan) , terutama dalam keadaan aurat yang terdedah. Bila sudah berdua2an, yang pasti yang ketiga itu adalah syaitan. Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu sudah dikira perbuatan zina atau sekurang-kurangnya termasuk dalam kegiatan "budaya taqrabul-zina" itu. Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi itu dilarang keras. Kerana, segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu membuka peluang atau menimbulkan dorongan dan memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina dan seterusnya melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu. Itulah sebabnya Mufti Perak "menfatwakan" Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada "budaya taqrabul-zina" . Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan khusus ditujukan kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain yang terbabit (bersyubahat) . Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan perbuatan menghampiri zina itu. Di kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja (sportinglah kononnya) memberi peluang kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya dalam sosial Islam, tidak ada istilah "teman lelaki" bagi perempuan atau "teman perempuan" bagi lelaki). Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka yang melakukan khalwat (berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya, ada ibu yang masuk ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang hendak dilakukannya, lalu keluar rumah atau masuk ke biliknya sendiri. Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan teman lelakinya (tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar atau sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut terlibat atau bersyubahat atau secara tidak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan diri dalam kegiatan budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak gadis mereka melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu. Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak gadis mereka melakukan mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina mata, zina tangan, zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya itu. Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya soial Barat yang dikatakan moden, ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa, sudah menjadi tradisi. Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah bertindak demikian, membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka. Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam. Pada peringkat awal orang-orang Barat (Keristian khususnya) melancarkan perang bersenjata terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka menukarkan perang bersenjata itu kepada perang psikologi. Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan: "Adalah suatu yang amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui peperangan dengan senjata dan kekerasan. Bedasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah sebelumnya, maka yang penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu". Antara "langkah lain" itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara mengumpankan corak hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam yang boleh diistilahkan sebagai "budaya taqrabul-zina" itu. Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu strategi perang psikologi untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan sahaja tidak peka dengan "umpan" atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka menerimanya sebagai hasil seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai "budaya global". Sebenarnya apa yang disebutkan sebagai "budaya global" itulah yang merupakan "budaya taqrabul-zina" itu. Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan Nasrani memang selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw melalui firman-nya yang mafhumnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali menyukaimu (Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka" - (al-Baqarah: 120) Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi mereka terhadap umat Islam. Seorang orientalis pernah berkata, "Gelas minuman keras dan penyanyi perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada apa yang dapat dilakukan oleh seribu meriam". Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat zina yang amat terkutuk itu, kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak Barat - musik, sukan dan sebagainya - itu adalah meliputi ciri-ciri "budaya taqrabul-zina" . Di mana-mana sahaja, perbuatan maksiat dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena keruntuhan akhlak yang amat teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga merebaknya wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah dan sebagainya adalah antara bukti-buktinya.

Saturday, May 10, 2008

Agama...

Sedekah cara sembunyi lebih afdal

Al-MaghaRi berkata, ayat ini menunjukkan Allah Maha Mengetahui dengan apa yang dinafkahkan oleh manusia dan akan membalasnya sama ada ia sesuatu perbuatan baik atau jahat. Seterusnya Allah menceritakan jalan dan cara untuk memberi sedekah, sama ada secara sembunyi atau terang-terangan dengan penerangan tindakan manakah yang paling afdal.

Firman Allah SWT: Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu.

Ibn al- Saib berkata, Allah menurunkan ayat 270 daripada surah al-Baqarah kerana sebelum ini orang Islam bertanya, “Hai Rasulullah, sedekah yang sembunyi lebih afdal atau secara terang -terangan?” Lantas turunnya ayat ini.

Al-Baghawi berkata, sama ada kamu zahirkan pemberian atau sembunyikannya, ia tetap sesuatu yang baik bagi kamu dan setiap yang diterima bergantung kepada niat yang benar. Akan tetapi sedekah dengan cara sembunyi adalah lebih baik. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud: Sedekah secara sembunyi boleh memadam kemarahan Tuhan.

Mengikut sabda Rasulullah SAW: Orang yang membaca al-Quran yang kuat sama seperti orang sedekah secara terang. Dan orang yang memperlahankan samalah seperti yang sembunyi dalam sedekah.

Justeru kata Ibn Kathir, sembunyikan sedekah lebih afdal bersandarkan ayat ini kerana ia lebih jauh daripada berlakunya riak dan membawa kepada penzahiran yang boleh mendatangkan maslahat yang berat seperti manusia mengikut dan bercontoh dalam sedekah.

Sayyid Qutub berkata: “Ayat ini mengandungi dua keadaan sedekah dan setiap keadaan disesuaikan dengan cara penangannya dan kedua-duanya diberi kepujian pada tempat masing-masing dan kedua-keduanya dijanjikan dengan penghapusan dosa.”

Firman Allah SWT: Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.

Ibn Jauzi berkata, perkataan min (dalam ayat ini) mempunyai maksud daripada mempunyai dua pendapat ulama:

lIa adalah tambahan.

lIa termasuk untuk sebahagian.

Abu Sulaiman al-Dimasqi berkata, wajah hikmah pada demikian itu bahawa hamba-hamba merasa takut dan malu.

Sayyid Qutub berkata: “Kemudian ayat yang berikut merangsangkan di dalam hati mereka perasaan taqwa dan perasaan segan melakukan dosa di satu aspek dan merangsangkan perasaan ketenteraman dan ketenangan di satu aspek yang lain, dan menghubungkan hati mereka dengan Allah tentang niat dan tindak-tanduk mereka dalam segala keadaan”.

Firman Allah SWT: Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ibn Kathir berkata, tiada sesuatu

pun yang sembunyi daripada pengetahuan Allah dan pasti ada yang membalasnya.

Sayyid Qutub berkata: Kita pastilah memerhatikan bagaimana al-Quran memberi bimbingan dan arahan yang panjang lebar mengenai infak dan bagaimana ia menggunakan berbagai-bagai cara galakan dan ancaman mengenainya supaya kita dapat memahami dua perkara (yang penting):

lMemahami betapa jauhnya pandangan Islam terhadap tabiat manusia dan perasaan tamak dan bakhil yang mengongkong jiwa, juga terhadap perlunya tabiat manusia itu digerak dan dirangsangkan secara berterusan supaya ia dapat mengatasi perasaan tamak dan dapat membebaskan dirinya daripada perasaan kikir dan bakhil dan dapat meningkat ke tahap yang luhur yang dikehendaki Allah.

lMemahami tabiat manusia yang dihadapi oleh al-Quran, iaitu tabiat manusia yang wujud di dalam masyarakat Arab yang amat dikenali umum sebagai murah hati dan dermawan, tetapi kemurahan dan dermawan itu adalah bertujuan untuk mendapat kemasyhuran dan sanjungan manusia agar berita-berita kemurahan mereka menjadi berita-berita yang dipindah-pindahkan ke merata perkhemahan.

Oleh itu bukanlah menjadi satu perkara yang mudah kepada Islam untuk mengajar mereka bersedekah dengan ikhlas tanpa mengharapkan semua ini, iaitu bersedekah kerana Allah semata-mata bukannya kerana manusia. Sudah tentu perkara seperti ini memerlukan kepada didikan dan asuhan yang lama, usaha-usaha yang banyak dan seruan-seruan yang berterusan ke arah keluhuran jiwa, keikhlasan dan kebersihan dan semuanya telah berlaku.

Iktibar Ayat:

lSyeikh Sya’rawi berkata, dengan mengkaji ayat-ayat infak kita dapati bahawa Allah menghalal di hadapan nafsu manusia setiap tingkap-tingkap kedekut dan memotong daripadanya setiap jalan yang membawa kepada kebakhilan dengan kurniaan Allah.

lKelebihan sedekah secara sembunyi.

lMengisbatkan sifat Allah dengan Maha Mengetahui.

Economics issues

Di petik dari akhbar Utusan Online:

Harga minyak lepasi AS$125 setong

BANGKOK 9 Mei - Harga minyak mentah dunia terus melonjak hari ini melepasi paras AS$125 (RM395.56) setong berikutan momentum pasaran yang meningkat dan kenaikan komoditi akibat kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, penganalisis gagal memberi penjelasan terhadap harga minyak pada pasaran hadapan setelah simpanan minyak mentah di AS dilaporkan berlebihan berbanding apa yang dijangkakan kelmarin.

Sesetengah penganalisis menyifatkan kekurangan inventori minyak termasuk diesel dan minyak yang digunakan untuk tujuan pemanasan meningkatkan harga ketika musim sejuk di hemisfera utara tetapi lebih mendorong kepada spekulasi dan momentum untuk mengekalkan harga yang tinggi.

Sementara itu, harga minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet untuk bulan Jun naik AS$0.78 (RM2.50) kepada AS$124.47 (RM397.10) setong semasa didagangkan pada New York Mercantile Exchange di Singapura, tengah hari ini.

Kontrak hadapan semalam mencatatkan rekod apabila naik pada paras AS$123.69 (RM394.57) setong dan terus meningkat pada paras AS$125.12 (RM399.13) setong.

Penganalisis dari Goldman Sachs baru-baru ini meramalkan harga minyak akan melonjak dari paras AS$150 (RM478.5) hingga AS$200 (RM638) setong dalam tempoh dua tahun lagi.

Selain itu, mereka (penganalisis) percaya bahawa bekalan minyak global yang ketat dan permintaan yang tinggi daripada negara-negara yang mana ekonomi berkembang pesat seperti China dan India juga merupakan salah satu faktor kenaikan harga minyak mentah.

Kenaikan harga turut berlaku akibat kelemahan dolar AS berbanding mata wang lain seperti euro dan yen.

Para pelabur berpendapat bahawa komoditi seperti minyak sebagai tekanan terhadap inflasi dan kelemahan dolar menyebabkan harga minyak lebih murah kepada pelabur asing.

Semalam, kenaikan juga didorong oleh komen yang diberi oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), Abdalla Salem El-Badri bahawa bekalan minyak mencukupi dan kartel itu tidak perlu meningkatkan pengeluaran.

Beliau berkata, walaupun beberapa projek OPEC akan dilaksanakan tetapi pertubuhan itu menghadapi masalah mencari pembeli untuk menampung bekalan tambahan.

- Agensi