Tuesday, November 29, 2011
Takdir Luka
takdir luka itu selalu menghantui ku...
Mengapa...
ketika aku percaya masih ada cinta utkku,
Luka itu kembali berdarah...
Mengapa...
aku selalu kecewa saat hati benar2 mencintai...
Mengapa...
aku yg selalu berkorban utk mengalah....
Mengapa...
Aku sering menjadi pilihan antara dua...
Mengapa aku sering terluka oleh kepalsuan angan2...
Mengapa...
Mengapa...
Mengapa...
Adakah aku tidak layak utk bahagia?
Adakah aku akan sentiasa seiringan dgn takdir luka?
YA ALLAH...aKU PASRAH AKAN KEHENDAKMU....
Ampunkan aku mempersoalkan takdirMU...
Ampunkan aku...Aku redha jika ini jalan yg terbaik...
Wednesday, September 28, 2011
Musim stress.
susah nya mau buka blog ni.ada saja pengacau.huhu...=_=
kepada c Anonymous, ANDA ingat saya tidak tau, siapa ANDA sebenar? ENGLISH TUNGGANG TERBALIK! MENYAMAR KONON JD STUDENT SAYA. EVEN MY STUDENT PUNYA ENGLISH PUN TIDAK SETERUK (SAYA ULANGI LAGI), EVEN MY STUDENTS' ENGLISH PUN TIDAK SETERUK33333 ITU. JD PLS LA.JANGAN GANGGU HIDUP SAYA LG.TIDAK CUKUP KAH LG ANDA MENGGANGGU HIDUP SAYA? MENYUSAHKAN! PLS LA. TIDAK PERNAH SAYA JUMPA ORG YG TIDAK TAU MALU BGNI. SAYA SUDAH CUKUP BAHAGIA DGN KEHIDUPAN SKRG. JGN LG MENYIBUK!
Sekian Terima Kaseh. Maaf agak emosi ckit.:p
(kalau dia komen juga, mmg btul2 xtau malu la)
Wslm.
Thursday, September 15, 2011
Wahai student2 ku yg dikasihi...
Entri ini di tujukan khas buat pelajar2 ku yg d kasihi...
Saya berharap anda smua meletakkan usaha yg sebanyak2 nya utk peperiksaan kerana ini akan menentukan masa hadapan kamu. saya meminta maaf banyak2 jika ada kelas yg slalu saya marah2, atau emosi. ini utk kebaikan kamu jua. walaupun saya ini tidak lah sebaik2 pensyarah yg lain, sekurang2nya saya mau kamu tau, saya sgt risaukan anda smua bila tiba musim exam. Bila marking paper, saya teringat family2, ibubapa anda yg penuh berharap akan kejayaan anda smua. Mereka dgn bangga akan bercerita pada org lain ttg anda smua. Tidakkah anda berasa bersalah jika anda tidak dpt memberikan kejayaan yg mereka inginkan? Tidakkah anda rasa bersalah, mereka telah menghabiskan bnyk wang hanya utk anda dpt melanjutkan pengajian? Tidakkah anda menghargai jerih payah mereka membesar kan anda smua? Jd pls la...tlglah berusaha. bkn utk saya,bkn kerana saya, tp utk keluarga dan masyarakat.malah menuntut ilmu kerana ALLAH itu wajib. Ilmu saja yg akan kekal jika anda kehilangan segala2nya. Ilmu saja yg akan dpt membantu anda utk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Terus terang, sewaktu saya belajar dulu, saya juga seperti anda, bnyk masalah.bezanya, saya belajar tanpa kasih syg dan tanpa sokongan seorg ayah. saya tidak pernah bertemu dgn ayah saya, malah saya tidak tau d mana keluarga sebelah ayah saya berada. saya d pelihara oleh arwah nenek dan datuk, makcik saya di kampung. saya juga berasal dr kampung spt anda. saya meredah hujan ribut utk ke sekolah, dgn kasut yg kotor, utk menimba ilmu. setiap hari arwah datuk saya akan menghantar saya dan mengambil saya. hanya dgn menaiki van tambang. keadaan keluarga saya agak serba kekurangan.saya tidak pernah merasa ke sekolah dgn menaiki kereta setiap hari. saya cemburu dgn rakan2 lain yg mencium tgn ibu dan ayah setiap kali di hantar. saya cemburu bila mereka dpt membeli apa saja yg mereka suka, buku2 tambahan utk mereka belajar. Namun saya tetap bersabar kerana percaya suatu hari nnt, saya akan berjaya juga. Saya hidup menumpang, Ibu d tempat lain bersama keluarga yg lain, Ayah pula entah ke mana.hanya pada 2 tahun lepas saya dpt menjejaki dia. itupun kerana hasil usaha saya mencari di dunia maya. Waktu sekolah menengah pula saya naik bas setiap hari pergi ke sekolah dan bas hanya berhenti di pekan,jd saya kena jln kaki utk sampai ke sekolah.setiap hari. sehinggalah saya akhirnya mendpt keputusan yg cemerlang dlm PMR dan pindah ke sekolah agama. waktu di Tgktn 4 dan 5 saya lalai sedikit dan mendpt keputusan yg kurg memberangsangkan dlm SPM walaupun smuanya lulus. saya menanam tekad tidak akan mengulangi kesilapan lalu lg.
Akhirnya saya di terima masuk ke UiTM KK, tmpt saya berkhidmat skrg ini. hidup agak sukar, dan keluarga pula jrg sgt dtg melawat.saya jrg pulang kerana tidak ada tambang utk naik bas sebanyak 2x setiap kali mo pulang. setiap hari tggu bas uitm utk pergi kuliah d fasa 3.kalau tiada bas, jln kaki dgn menaiki tangga besar yg sebanyak 72 anak tangga itu. bgtulah kehidupan saya selama 3 tahun diploma. waktu part06, saya NR dan hanya masuk hostel d hujung semester. saya setiap hari slps subuh bangun dan bersiap2 utk naik bas ke KK. dan mencari bas UiTM. setiap hari.dan Alhamdulillaah saya TIDAK PERNAH LAMBAT utk dtg ke kuliah.malah saya sentiasa ingin menjadi org yg terawal. Tabiat ini berlanjutan sehingga saya melanjutkan pengajian ke shah alam. di sana masa waktu pagi agak berbeza kerana jam7 masih lg gelap. Namun saya gagahi jua utk naik bas awal pagi bg mengelakkan lewat ke kuliah dan kesesakan lalu lintas. saya naik bas ke Seksyen 2, dan naik bas sekali lg ke UiTM. SETIAP HARI. 4x naik bas setiap hari. sehinggalah saya menamatkan pengajian. saya tidak pernah mengeluh kerana saya tau segalanya pasti ada ganjarannya. saya tidak pernah terasa bila kwn2 mentertawakan saya naik bas awal pg kerana mereka di sana kebanyakan mempunyai kenderaan sendiri. saya tidak kisah kerana masa saya utk senang belum tiba. saya ikat perut bila belanja tidak di kirimkan.malah saya sungguh beruntung kerana sahabat2 lain memahami dan selalu membantu. saya pernah ada belanja sebanyak RM10 saja dlm tgn utk belanja sebulan. walau ada insan yg membantu tp hidup di sana agak sukar.kos sara hidup yg tinggi menyebabkan saya tidak dpt terus menyambung pengajian kerana kekangan kewangan.
Wahai para pelajar ku yg di sayangi, ingatlah keluarga anda di rumah yg berharap kepada anda. Jgn sia2 kan harapan mereka. Mereka bukan inginkan wang anda, tp kejayaan anda adalah suatu hadiah yg tidak ternilai buat mereka. Bersyukur lah dgn apa yg anda ada. Saya tidak mempunyai keluarga yg lengkap dgn ibubapa seperti anda, tp saya masih boleh berjaya. Mengapa anda tidak?
Sekian Terima Kasih.peace. jgn emosi2 yah.
Good Luck to all of u... I'll always pray for ur success....
Wslmualaikum.
Wednesday, September 14, 2011
Puisi dr Seseorang...
Andainya..
Andai aku bersedih
Adakah kau nanti
Bisa membuatku ketawa semula?
Andai aku kecewa
Adakah nanti
Kau mahu buatku ketawa ceria?
Andai aku dilanda duka
Adakah nanti
Kau akan menemani di sisi?
Andai aku hilang dari pandanganmu
Adakah nanti kau datang mencari?
Andai aku tersesat
Mahukah kau tunjuk jalan kembali?
Andai daku pergi sebelummu
Adakah daku terus dikenang dalam doamu?
Andai kita memang akan temui
Kebahagiaan dalam perpisahan
Kenapa takdir pertemukan kita
Dengan 1000 kenangan suka dan duka?
........
Tuesday, September 13, 2011
Mengapa...
Seringkali kita di duga begini?
Mengapa kita bertemu
andai tiada takdir utk kita bersama?
Mengapa kita perlu bertemu
Andai kelukaan itu milik kita?
Mengapa kita perlu berjauhan
Sedangkan kita ada peluang utk dekat?
Mengapa kita saling ego
Andai takdir kita mmg utk berkawan selamanya?
Mengapa perlu berkata benci
Andai hati berkata sebaliknya?
Mengapa kita sering membuat masalah
Andai penyelesaian ada di depan mata?
Mengapa kita perlu bersangka tidak baik
Andai kebaikan terbentang luas di depan mata?
Mengapa kita perlu mengelak
Andai takdirnya kita mmg perlu bertemu?
Mengapa kita sering membelakangkan takdir
Andai sudah tertulis kita menjadi sahabat selamanya?
Mengapa perlu ego membiarkan sahabat dlm kesusahan
Andai hati masih ada perasaan kasih sayang?
Mengapa perlu berlaku kejam
Andai hati masih ada perasaan simpati?
Mengapa kita perlu d pertemukan
Andai perpisahan itu mmg milik kita?
Mengapa kita perlu berjauhan
Andai Tuhan masih memberi peluang kita bertemu?
Berdepan lah dgn apa yg masih d izinkan.
Kelak bila sesuatu itu sudah tiada, akan terjadi penyesalan yg tidak berkesudahan.
Hanya ALLAH Maha Mengetahui akan rahsia suatu pertemuan.
I'm back
Aslmualaikum dunia bloggers yg d rindui... setelah lama menyepikan diri..kini aku kembali mencoretkan kembali ceritera2 kehidupan d sini. jujur aku fobia kerana peristiwa dahulu. Namun ku gagahi jua demi blog yg lama ku tgglkan ini. (malas mo bjiwang tp aish..ntah apa kena mood hari ni..peace.:p)
Utk entri ini, hanya sbgai pemberitahuan yg aku telah kembali ke sini meluahkan segalanya.kerana aku telah kehilangan sekali lg tempat utk aku meluah rasa.maka diari online yg bisu ini menjadi perantara...Malam2 ku menjadi tempat utk aku mengadu kepada yg Maha Kuasa...
Apapun. kerja berlambak ni.hehe..nnt la sambung.
Aslmualaikum.peace.jgn marah.:p
Sunday, November 21, 2010
Ceritera Kehidupan...Sedih dan Gembira....
Thursday, September 9, 2010
Sunday, May 23, 2010
Improving our English
Improving your English speaking skills will help you communicate more easily and effectively. But how do you become a more confident English speaker?
1-Practise where you can, when you can. Any practice is good – whether you speak to someone who is a native English speaker or not.
2-It's important to build your confidence. If possible, use simple English sentence structure that you know is correct, so that you can concentrate on getting your message across.
3-Try to experiment with the English you know. Use words and phrases you know in new situations. Native English speakers are more likely to correct you if you use the wrong word than if you use the wrong grammar. Experimenting with vocabulary is a really good way of getting feedback.
4-Try to respond to what people say to you. You can often get clues to what people think by looking at their body language. Respond to them in a natural way.
5-Try NOT to translate into and from your own language. This takes too much time and will make you more hesitant.
6-If you forget a word, do what native English speakers do all the time, and say things that 'fill' the conversation. This is better than keeping completely silent. Try using um, or er, if you forget the word.
7-Don't speak too fast! It's important to use a natural rhythm when speaking English, but if you speak too fast it will be difficult for people to understand you.
8-Try to relax when you speak – you'll find your mouth does most of the pronunciation work for you. When you speak English at normal speed, you'll discover that many of the pronunciation skills, such as linking between words, will happen automatically.
Remember, when speaking English…
Try to become less hesitant and more confident.
Don't be shy to speak – the more you do it, the more confident you'll become.
Remember to be polite – use "please" and "thank you" if you ask someone to do something for you.
ok...I guess that's all for today's update...thanx for reading...:-)
Aslmualaikum...
Wednesday, February 17, 2010
Peraturan Mencari Jodoh...:-)
Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam men cari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:
'Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.
(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).
Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.